Tuesday, 5 November 2013

Penyelesaian Masalah Secara Islam


Abdul Rahman (2002), penyelesaian masalah secara Islam terbahagi kepada tiga pendekatan iaitu secara tauhid, hukum dan sufi, dimana kesemuanya berasaskan ajaran Islam yang syumul (menyeluruh) dan takamul (sempurna).

 
Pertama : Pendekatan Tauhid (Aqidah)
1.     Masalah tentang Tuhan
(Allah swt bersifat Esa - sasaran pengabdian makhluk, manusia dan alam)

-       Menentang perbuatan syirik dan taghut (penyekutuan terhadap kuasa Allah)
-       Masalah abadi (perennial problems)
-       Masalah segera (immediate problems)

2.     Masalah tentang alam
(Manusia di dunia dapat bergerak bebas namun di akhirat perbuatan mereka akan diadili)

-           Alam nyata (alam dunia)
-           Alam ghaib (alam akhirat)
-   Melalui kekuatan iman dan aqidah manusia dapat memahami hakikat kehidupan sementara di dunia ini.
-       Masalah yang kelihatan besar oleh golongna duniawi akan kelihatan kecil orang mereka yang berpegang pada akhirat dan begitulah sebaliknya.

3.     Masalah tentang manusia

-       Unsur jasmani (tidak bersifat kekal)
-       Unsur rohani ( jiwanya bersifat kekal)

   
Kedua : Pendekatan Hukum (Syariah)
1.         Prinsip hukum bersifat Ubudiyah (berfikir dahulu sebelum melaksanakan) seperti munakahat, jinayat, hudud sudah terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah, maka wajib dipatuhi dan ditaati kecuali disebabkan darurat.

2.         Ciri-ciri syariat Islam
-       Rabbani (ketuhanan)
-       Alamiyah (universal)
-       Syumul (menyeluruh)
-       Harakah (bergerak)
-       Wasatiyyah (seimbang)

3.     Kesyumulan syariat Islam merangkumi :
-       Aspek ibadah (mengatur hubungan hamba dengan Tuhannya ; solat)
-       Aspek munakahat (hukum nikah, talak, iddah, nafkah, harta dan sebagainya)
-       Aspek muamalat (jual beli, gadai, hibah, hutang, mudarabah dan sebagainya)
-       Aspek ekonomi (sistem zakat, baitul mal dan sebagainya)
-       Aspek kehakiman (hukum putusan, dakwaan, saks dan sebagainya)
-       Aspek kenegaraan (mengangkat ketua (imam), badan mesyuarat dan sebagainya)
-       Aspek hubungan antarabangsa

Ketiga : Pendekatan Sufi
1.     Pendekatan sufi bersifat lembut.
2.     Bertitik tolak daripada pembersihan jiwa.

3.     Masalah sosial
-  Hubungan antara keluarga dan masyarakat, adab yang bertunjangkan iman dan perhubungan sesame manusia.
-       Sikap prihatin dan ikhlas akan mewujudkan masyarakat penyayang yang sejati.
-       Masalah seperti zina, membuang bayi, bohsia, bohjan dapat dibendung.
4.     Masalah kesihatan
-       Doa (meditation) 
-       Ubat (medication)
5.     Masalah ekonomi
-       Menekankan hukum haram, halal dan syubhah
-       Menggalakkan sifat Zuhud (menghindarkan diri dari keinginan hawa nafsu yang rendah dan terlarang dengan meninggalkan unsure kebendaan dan kemewahan duniawi sekadar memenuhi asasj sahaja)
6.     Masalah politik
-       Dengan adanya jiwa sufi, kecenderungan manusia terlibat dengan perebutan kuasa dan masalah korupsi di dalam dunia politik akan berkurang.

No comments:

Post a Comment